Tip Isi Borang Kerja

Anda tengah cari tip isi borang kerja ? Sebenarnya tak susah. Apa yang perlu anda lakukan adalah hanya ikut arahan yang telah diberikan pada borang permohanan kerja tersebut.

Sebaiknya, anda ikut urutan isi dari satu bahagian ke bahagian lain. Kalau tak nanti anda pening.

Pastikan anda tak lupa juga dokumen lain yang perlu dikepilkan bersama borang kerja tersebut.

Gunakan pen hitam. Dokumen rasmi biasanya meminta anda menggunakan pen berdakwat hitam.

Pastikan arahan meminta anda mengisi menggunakan huruf kecil atau huruf besar. Kalau boleh, minta borang tambahan dari pihak berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya anda tersalah. Jadi anda tak perlu bersusah payah mendapatkan borang lagi.

Borang permohonan kerja juga kebiasaannya juga memerlukan anda menyertakan gambar pasport anda.

Untuk lebih mudah lagi, anda cuba cari bahagian check list pada borang tersebut. Biasanya mereka akan senaraikan perkara-perkara yang anda perlu lakukan. Ikut check list tersebut untuk mengelakkan anda tertinggal perkara penting.

Kalau anda masih mempunyai masalah untuk mengisi borang kerja kerajaan, anda terus berhubung dengan pegawai kerajaan yang berkenaan. Pasti dia dapat membantu anda.

Tip di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengisi borang permohonan kerja. Jika anda masih belum mendapatkan borang permohonan kerja, anda boleh baca artikel yang saya tulis tentang tip untuk mendapatkan borang permohonan

Pastikan anda baca artikel menarik lain berkaitan kerja kerajaan di website ini :

This entry was posted in Blog Pekerja Kerajaan and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen