Tip Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta

Saya akan senaraikan beberapa tip temuduga kerja yang boleh anda praktikkan baik semasa temuduga kerja kerajaan ataupun kerja swasta.

Tip Temuduga Kerja

10 Tip Temuduga Kerja

Gambar oleh notfrancois

10 Tip Temuduga Kerja Kerajaan/Swasta

1. Sediakan senarai dokumen yang perlu di bawa untuk temuduga  kerja anda. Tujuannya adalah untuk memastikan anda tidak tertinggal dokumen penting semasa berada di sesi temuduga.Tandakan dokumen yang telah dikumpulkan.

2. Cara berpakaian untuk lelaki :

  • Pastikan anda memakai tali leher
  • Pakai kasut kulit dan pastikan kasut anda dikilat
  • Pastikan anda memakai baju lengan panjang kerana baju tersebut nampak lebih professional berbanding baju lengan pendek.
  • Baju dan seluar anda mestilah kelihatan kemas dan disterika.
  • Elakkan baju berwarna gelap.
  • Elakkan memakai wangian yang terlampau kuat.
  • Secara keseluruhannya, pakaian anda mestilah bersih dan kelihatan kemas.

3. Cara berpakaian untuk perempuan :

  • Pakai pakaian yang kelihatan formal dan sesuai untuk ke pejabat. Anda juga boleh memakai baju kurung.
  • Elakkan pakaian yang menjolok mata atau pakaian yang mempunyai warna atau corak yang terlalu menarik perhatian ramai.
  • Pakai kasut yang bertutup.
  • Elakkan memakai terlalu banyak barangan kemas.
  • Secara keseluruhannya, pakaian anda hendaklah kelihatan kemas dan tidak terlalu menarik perhatian ramai.

4. Bagi lelaki pastikan rambut anda pendek, disikat kemas dan berminyak. Bagi perempuan yang bertudung, pastikan tudung anda diikat kemas. Bagi perempuan yang tidak bertudung, pastikan rambut anda disikat kemas.

5. Pastikan kuku anda dipotong pendek dan bersih.

6. Datang awal ke tempat temuduga, sebaik-baiknya 20 minit sebelum masa yang ditetapkan.

7. Bila nama anda dipanggil, masuk dengan senyuman dan penuh keyakinan. Tip temuduga kerja ini nampak mudah, tapi ramai yang mengabaikannya. Beri salam atau ucapan Selamat Pagi atau Selamat Petang bergantung pada sesi temuduga. Duduk hanya apabila anda dibenarkan duduk dan ucapkan terima kasih.

8. Tip temuduga kerja yang ketujuh menerangkan perkara yang anda perlu lakukan /beri perhatian semasa menjawab soalan panel:

  • Jawab soalan dengan tenang, jangan tunjukkan anda gelisah.
  • Pandang panel temuduga apabila menjawab soalan. Jangan pandang ke lantai kerana ia menunjukkan anda tidak yakin dengan jawapan anda atau anda masih malu-malu dengan panel.
  • Jangan sesekali berdebat atau meninggikan suara di hadapan panel temuduga.
  • Biar panel habiskan soalan atau ayat mereka terlebih dahulu sebelum anda mula bercakap. Elakkan memotong percakapan mereka.
  • Jawab soalan mengikut konteks soalan. Jangan meleret-leret sehingga keluar topik.
  • Jika anda tidak tahu jawapan, nyatakan yang anda tidak tahu. Jangan sesekali berbohong kerana panel temuduga yang berpengalaman pasti akan tahu anda menipu mereka.

9. Setelah selesai soal jawab temuduga, kebiasaannya panel akan cuba mengakhiri sesi temuduga dengan bertanya kepada anda jika anda mempunyai sebarang persoalan, tanyakan kepada mereka bila anda akan diberitahu tentang keputusan temuduga tersebut.

10. Setelah semuanya selesai, ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda untuk menghadiri sesi temuduga tersebut. Senyum dan keluar dengan tenang.

Tip Temuduga Kerja Kerajaan Yang Ke-10 :
Pastikan Anda Sentiasa Bersedia !

Pastikan anda sentiasa bersedia sebelum anda masuk ke bilik temuduga. Tanpa persediaan, anda pasti akan kelihatan gelisah dan tergopoh gapah semasa menjawab soalan panel temuduga. Persediaan merangkumi persediaan fizikal seperti dokumen, pakaian dan persediaan mental seperti pengetahuan dan emosi.

Bersedialah dari sekarang. Persediaan awal pasti akan memberikan ketenangan kepada  diri anda. Jangan lupa juga untuk berdoa supaya anda temuduga anda dipermudahkan untuk anda.

Tip temuduga kerja di atas adalah sekadar sebagai panduan umum yang boleh anda praktikkan baik untuk temuduga kerja kerajaan mahupun swasta.

Nota :
Untuk tip temuduga kerja  dan panduan lulus temuduga kerja yang  lebih menyeluruh khusus untuk calon-calon temuduga sektor awam, anda boleh dapatkan ebook “Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan”  Saya telah tulis satu review lengkap tentang buku Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan di sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s