Temuduga (Interview Kerja)

Temuduga (interview kerja) merupakan antara perkara terpenting untuk memastikan anda mendapat kerja yang anda inginkan. Anda mestilah menunjukkan anda adalah yang terbaik kepada bakal majikan anda. Walaupun anda mempunyai kelayakan yang hebat, tetapi jika anda tidak dapat menjawab soalan temuduga dengan baik, anda berkemungkinan akan ditolak oleh bakal majikan anda.

Temuduga Interview Kerja

Anda Bersedia Untuk Temuduga Kerja ?

Gambar oleh Argonne

Persiapan yang rapi menjadi pemangkin untuk anda berjaya dalam temuduga kerja anda. Persediaan yang baik membolehkan anda menjawab soalan temuduga kerja kerajaan dengan baik sekaligus memberikan keyakinan kepada bakal majikan anda untuk memberikan jawatan yang ditawarkan.

Semasa temuduga, bakal majikan anda akan memerhatikan beberapa perkara, antaranya – cara anda berpakaian, cara anda bercakap, pengetahuan anda tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerja anda dan beberapa aspek lain.

Cara anda mengawal emosi anda juga akan diperhatikan. Anda hendaklah sentiasa tenang dan tidak menunjukkan rasa gemuruh. Keyakinan yang anda tunjukkan semasa sesi temuduga kerja pasti memikat sesiapa yang bertanyakan soalan kepada anda.

Tip Temuduga (Interview) Kerja Kerajaan

Anda perlu tahu beberapa tip yang perlu anda praktikkan semasa di bilik temuduga. Tip-tip ini nampak mudah tetapi ramai yang mengabaikannya. Saya telah menulis artikel tentang beberapa tip temuduga kerja kerajaan yang boleh membantu anda menghadapi temuduga kerja kerajaan anda. Anda boleh baca tentang 10 tip temuduga kerja kerajaan di sini.

Tip yang dibincangkan adalah tip umum yang bukan sahaja boleh digunapakai semasa sesi temuduga kerja kerajaan tetapi juga untuk sesi temuduga sektor swasta.

Salah satu persediaan yang anda boleh lakukan adalah dengan menjangkakan apakah soalan-soalan yang bakal ditanya ketika interview tersebut. Jika anda sudah tahu apa yang bakal ditanya, anda dengan sendirinya dapat menjawab dengan lancar. Jawapan yang lancar dan penuh keyakinan merupakan kelebihan buat anda.

Pengetahuan tentang latar belakang organisasi yang bakal mengambil anda bekerja juga penting. Anda harus ingat bukan anda seorang sahaja yang datang ke sesi temuduga kerja berkenaan. Terdapat calon-calon lain yang turut sama ingin menjawat jawatan yang anda pohon. Jadi pengetahuan yang anda ada sedikit sebanyak melebarkan jurang antara anda dan calon-calon lain yang tidak bersedia.

Semua yang anda lakukan ini adalah usaha anda untuk memikat bakal majikan anda. Anda harus ingat bahawa setiap usaha haruslah disusuli dengan doa kerana yang membuka dan menutup pintu rezeki adalah Allah SWT.

Gagal Sesi Temuduga Kerja ?

Jika anda gagal satu sesi temuduga kerja, tidak bermakna anda gagal selama-lamanya. Malah gagal bukanlah sesuatu perkara yang pelik dan perlu ditakuti. Cuba kita lihat kegagalan yang kita pernah lalui dalam kehidupan kita. Banyak bukan ?

Walaupun kita gagal, kita masih meneruskan kehidupan kita dan kita berjaya mengharungi kegagalan tersebut sehinggalah kita berjaya sampai di mana kita berada sekarang.

Jika anda gagal sesi temuduga kerja, anggaplah bukan rezeki anda. Apa yang anda perlu anda lakukan adalah melihat balik kesilapan dan kelemahan anda semasa sesi temuduga tersebut. Cuba belajar dari kesilapan anda dan lakukan yang lebih baik di masa akan datang.

Anda tidak boleh mudah terus berputus asa. Jika permohonan anda tidak berjaya, teruskan mencari peluang-peluang kerja kerajaan yang lain. Masih banyak lagi peluang di luar sana. Jika anda terus mencari, berusaha dan berdoa, InsyaAllah anda pasti mendapat jawatan yang anda inginkan.

Panduan yang diberikan di sini sekadar ingin membantu anda untuk bermula. Terdapat banyak panduan-panduan temuduga yang membincangkan tentang persediaan temuduga dengan lebih menyeluruh seperti ebook lulus temuduga kerja kerajaan. Saya nasihatkan anda turut baca panduan-panduan yang terdapat di luar sana untuk melengkapkan diri anda untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan anda.

 

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s