Borang Permohonan Kerja Kerajaan

 

Borang Permohonan Kerja Kerajaan

Isi Borang Dulu Sebelum Pergi Temuduga

Artikel ini akan membincangkan bagaimana anda boleh mendapatkan borang permohonan kerja kerajaan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, untuk mendapatkan sesuatu kerja baik kerja kerajaan mahupun kerja swasta, anda hendaklah terlebih dahulu mengisi borang permohonan kerja. Kadang-kadang jika anda bernasib baik, mungkin ada pihak-pihak yang mengadakan “walk-in” interview tanpa anda perlu mengisi borang terlebih dahulu.

3 Cara Mendapatkan Borang Permohonan Kerja Kerajaan

Berbalik kepada permohonan untuk menjawat jawatan di pejabat kerajaan, terdapat tiga cara. Kalau anda nak kongsikan cara-cara lain, anda boleh ceritakan di bahagian komen.

1) Muat turun borang permohonan kerja dari website kementerian/jabatan kerajaan.
Anda boleh layari laman-laman (website) online kementerian/jabatan yang anda minat dan anda boleh dapatkan borang permohonan kerja dari laman-laman kerajaan tersebut. Setiap website adalah berbeza jadi saya tak boleh terangkan secara spesifik di sini. Secara umumnya, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencari bahagian jawatan kosong  atau bahagian peluang kerjaya di laman tersebut.

Bila anda melawat website kerajaan, anda bukan sahaja boleh mendapatkan borang permohonan kerja tetapi juga anda boleh mengetahui jawatan kosong kerja kerajaan terkini yang diiklankan di website tersebut. Jadi, nasihat saya selalu- selalulah layari website kementerian/jabatan kerajaan.

Di sini saya berikan 2 contoh website kerajaan yang mengiklankan jawatan kosong dan juga menyediakan borang permohonan kerja.

1) Kerja kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah – laman web rasmi KETENGAH mengiklankan kerja kosong dan juga menyediakan borang permohonan untuk dimuatturun.

2) Peluang kerjaya di Kementerian Pendidikan Malaysia – di muka depan website ini terdapat bahagian Peluang Kerjaya. Anda boleh cari peluang kerja di situ.

Saya tidak dapat senaraikan semua di sini, cukuplah sebagai contoh untuk anda faham apa yang saya cuba sampaikan di sini.

Setelah anda layari website tersebut, anda perlu muatturun borang permohonan ke komputer anda dan cetak(print) borang permohonan kerja kerajaan yang telah dimuat turun tadi. Isi borang tersebut dan hantarkan ke pihak yang berkenaan (berdasarkan arahan yang diberikan di borang tersebut)

2) Dapatkan borang permohonan dari pejabat-pejabat kerajaan berdekatan.

Sekiranya pejabat kerajaan tidak jauh dari tempat tinggal anda, anda boleh terus pergi ke pejabat-pejabat kerajaan tersebut untuk mendapatkan borang permohonan kerja.

Pejabat-pejabat tersebut biasanya mempunyai kaunter pertanyaan atau penyambut tetamu. Anda perlu nyatatakan kepada mereka yang anda ingin memohon kerja dan ingin mendapatkan borang permohonan kerja.

Kalau boleh, anda bersiap sedia dengan resume dan sijil-sijil yang berkaitan bila pergi ke pejabat-pejabat berkenaan. Jika anda bernasib baik, anda mungkin akan terus dipanggil untuk temuduga kerja “on-the-spot”.

3) Telefon organisasi kerajaan berkenaan.

Kadangkala sesetengah website kerajaan tidak mengiklankan kerja kosong dan menyediakan borang permohonan di website mereka. Dalam kes ini, apa yang perlu anda buat adalah salin nombor telefon dari website tersebut dan telefon pejabat-pejabat yang berkenaan.

Nyatakan niat anda untuk memohon kerja dan minta disambungkan ke bahagian tenaga kerja (human resource) Setelah disambungkan nyatakan tujuan anda menelefon dan terus tanya kepada pihak terbabit bagaimana anda boleh memohon kerja dan juga di mana anda boleh dapatkan borang permohonan kerja.

Dapatkan Borang Permohonan Kerja Kerajaan Sekarang

Jadi sekarang anda dah tahu bagaimana untuk mendapatkan borang permohonan kerja kerajaan. Sebenarnya tak susah nak dapatkan borang tersebut. Setelah anda mendapat borang tersebut, isi sebaik mungkin dan ikut arahan pada borang tersebut.

Sebelum anda menghantar borang tersebut, pastikan anda sertakan segala dokumen-dokumen yang diperlukan bersama borang permohonan tersebut seperti resume. Anda boleh baca tentang tip dan contoh resume kerja kerajaan.

Saya harap mendapat manfaat dari perkongsian saya tentang cara untuk mendapatkan borang permohonan kerja kerajaan ini.

Artikel menarik lain untuk di baca :

One Response to Borang Permohonan Kerja Kerajaan

  1. SYEPHANIE ANAK GUMAH says:

    kenapa kami org yang sederhana pandai nie tidak dilyan dlm permohonan kerja,upu kerajaan???

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s